Followers

Wednesday, 22 February 2012

DIY Ribbon Flower

Assalamualaikum :)

Akhirnya tengah malam buta nie baru ada kesempatan nak update...hehe

Sejak kebelakangan nie, memang serius sangat bosan kat rumah sebab tak tahu nak buat apa. Jadi eiya ambil inisiatif untuk belajar something. Eiya belajar cara nak buat bunga from ribbon. Time adik eiya tunang haritu ada lebih sikit2 ribbon. Tangan pun gatal follow ape yang diajar kat youtube tu. Nak tengok apa yang jadi tak? Cer tengok gambar nie..



Tadaaaa.....

Yang nie first hasil eiya buat ribbon flower. Barang nak buat memang tak lengkap. Jadi eiya cuma gunakan gam uhu dan cardbord je. Biasanya kalau nak buat nie guna gambar yang macam pistol tu and kain felt. Walaupun tak mencukupi bahan, Alhamdulillah jadi la jugak :) Bunga maybe tak berapa nak jelas sebab ribbon yang digunakan tu tak berapa nak menyerlahkan bentuk bunga tu.

Yang nie pulak bunga rose. Jadi tak macam bunga rose?hehe. Masa buat benda nie,eiya rasa macam pernah je buat benda nie. Bile difikir2kan semula,memang pernah buat bunga rose nie tapi menggunakan straw. Siapa ingat lagi dengan bunga rose gunakan straw?(top dulu benda2 nie). Kalau ingat,cara nak buat gunakan ribbon sama je macam gunakan straw.. Sejibik..haha. Kalau yang tak tahu tu boleh la gunakan khidmat google :)

Lepas nie dah boleh la tampalkan pin untuk dijadikan keronsang. Tak yah susah2 nak beli lagi..haha

p/s : Sesiapa yang belum join Contest Ungkapan Romantis,jemputla join ..Hadiah menarik. Nak tengok contest kat sini ye   <-----tekan je gambar comel tu :)

0 si ceria: