Followers

Thursday 21 June 2012

Senyum Di Pagi Hari

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah,syukur pada Allah sebab masih di beri peluang untuk terus hidup di atas muka bumi ini :)

Eiya rindu sangat nak berblogging tapi kadang2 kekangan masa membuatkan tergendala setiap niat eiya untuk menaip2 di sini. Alhamdulillah pagi ni sempat la eiya mencuri masa untuk menaip2 di sini... :)

Senyum di pagi hari...

Actually pepagi ni eiya dah tersenyum lebar bile someone telah meluahkan rasa hati kat eiya. Nie bukan nak jadi pakwe @ couple. Meluahkan rasa hati untuk memilih eiya sebagai isteri nya...hehe.. Baru eiya faham perasaan orang lain bila di propose. Tak tergambar perasaan tu sebenarnya..hehe

Bile tengok orang kahwin @ bertunang, membuatkan eiya nak jugak mcm tu. Mungkin ini petanda yang eiya dah mula berfikir ke arah mcm tu. Sebelum nie mmg tak rasa nak melangkah ke arah tu. Maybe belum bersedia ketika itu. Sekarang ni baru nak terfikir macam tu..hehe. Orang lain dah nak masuk gear 4, eiya baru terkedek2 nak masuk gear 1..hehe...

Ape2 pun doakan moga jodoh eiya berpanjangan dengan si dia ye :) InsyaAllah..Amin ^_^



santapan minda di pagi hari :)

Monday 7 May 2012

Nervous Pagi Isnin

Assalamualaikum :))

Pagi ni eiya update sepantas dan seringkas yang mungkin..hehe. Kenapa eh pagi isnin nie eiya sangat nervous? Nak tahu sebabnya? Jeng..jeng..jeng...

Hari ni first day eiya start keja. Alhamdulillah sejak habis belajar hari tu lebih kurang setahun, nie baru eiya nak kerja. Selama 23 tahun eiya hidup, nie first time eiya nak kerja. Dulu lepas habis SPM baba tak bagi eiya keja. Kata baba nanti dah tengok duit dah tak mahu sambung belajar. Betul jugak kan. Kalau dulu time cuti sem pun baba tak kasi keja. Jadi nie pengalaman pertama eiya dalam bidang keja nie. Tu yang tersangat la nervous..hehe.

Apa2 pun eiya harap first day kerja nie semuanya berjalan dengan lancar. AMIN :))

Jangan lupa senyum dipagi hari. Selamat pagi semua :))

Nur Farahiya

Wednesday 2 May 2012

Butikpinkku Buat Sale

Assalamualaikum :))

Pernah shopping online dekat butikpinkku tak? Eiya dah banyak kali shopping online dekat butikpinkku. Almaklumla eiya nie macam malas sikit nak keluar rumah shopping. Jadi shopping online je. Nanti tahu2 je barang dah sampai kat rumah...hehe :)

Sekarang nie butikpinkku tengan buat sale untuk segala macam tudung yang dijualnya. Memang semuanya murah2. Harga sale daripada rm4-rm22 sahaja. Memang sangat murah. Sale ni akan berlangsung selama sebulan. Start 1 Mei-31 Mei 2012.. Jadi jangan lepaskan peluang untuk shopping.. :)) Kualiti tudung,shawl dan pashmina kat butikpinkku memang tiptop :)

 Bagi sesiapa yang belum kenal owner butikpinkku. Nie owner nye.

 
cun kan..hehe :)

Tudung bawal, tudung bawal XL, tudung bawal corak, shawl paisley, inner neck, inner neck denim, and macam2 lagi la yang ada kat butikpinkku nie.. :)

tudung bawal pelangi RM13

tudung bawal corak rm10

shawl lenny custom made rm18 (chiffon)

Nak tengok lagi koleksi butikpinkku boleh tengok kat :

Website butikpinkku : http://www.butikpinkku.com/

Eiya : inner cotton sky blue  (RM5) & shawl thai silk lavender (RM18)

Gambar cr to butikpinkku 

Nur Farahiya

Saturday 28 April 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum :)


Selamat Pengantin Baru untuk mak cik aku. Tahniah.. baru 22 tahun dah punyai suami. Eiya nie 23 belum lagi terasa nak kahwin..hehe.

mak dan ayah pengantin merangkap datuk dan nenek busu eiya :)


tahniah pengantin :)

 mak cik dan suaminya..mudah2an bahagia selalu :)

hantaran untuk pihak lelaki :)

pelamin yang cun :)

meja makan pengantin ala2 taman..serius cantik :)

 mak cik2 eiya :)

 sepupu sepapat dan adik2 eiya..kecil2 lagi diaorang  nie :)

paling penting gambar bawah nie..hehe 

with my lovely mom :)

 ada gaya pengantin tak?hehe..

 ambil berkat orang kahwin :)


Apa-apa pun tahniah mak cik nana.. Mudah-mudahan akan bahagia selalu .. :)

p/s : doakan eiya terbuka hati untuk kahwin ye ^^

Nur Farahiya 

Thursday 19 April 2012

Assalamualaikum :))

Pepagi lagi eiya dah ikut dating dengan mak pergi Melaka Sentral belikan beg sekolah adik yang darjah 1. Gara-gara beg sekolah dia dah koyak..merengek-rengek nak beg baru. Mak pun beli kan la jugak. Mengada punya adik *tapi sayang..hehe* . Dah sampai kat Melaka Sentral , tiba-tiba mata tertumpu pada sesuatu. Tudunggggg....banyak gila. Rasa nak kaut semua tudung yang ada. Eiya nie gila tudung. Tudung yang dah sedia ada penuh satu bakul. Itu pun tak muat bakul..ishhh... Mintak mak beli kan tudung, mak kata kejap lagi..last2 tak dapat... Kena tunggu next time beli tudung baru.. :((

*Kembali ke cerita asal beli beg*

Bila dah sampai kat tempat beg sekolah, adik yang kecik (Haiqal) pun sama mengada nak beg sekolah. Nak tak nak mak beli kan jugak beg sekolah dia. Dah mintak beg sekolah, nak pulak kasut sekolah padahal umur baru 3 tahun. Nasib baik tak mintak baju sekolah. Kalau tak jenuh mak nak cari baju sekolah saiz dia..hehe.

::: Haiqal :::

beg sekolah Ben 10




suka adik eiya dapat beg sekolah baru.

p/s : nanti dah sampai masa sekolah, jangan pulak adik eiya nie tak nak sekolah..hehe

Nur Farahiya

Wednesday 11 April 2012

Kembali Bekerja di Bahamas

Assalamualaikum :)

Kembali bekerja di Bahamas?? Jauh bebeno eiya kerja..hehe. Actually bukan eiya la. Baba eiya yang dah pulang bekerja ke Bahamas semalam.

Dalam kul 5.30 pagi semalam dah gerak hantar baba ke KLIA dengan mak, adik and datuk. Masa dalam perjalanan tu, hati rasa sedih sangat sebab akan berjauhan dengan baba semula. Perasaan yang eiya rasa sama bile dulu mak selalu hantar eiya nak balik Shah Alam. rasa sedih berjauhan dengan family. Tapi dulu masa belajar,tiap2 minggu dapat balik. Tapi baba, nak lepas raya baru baba balik. Lama lagi kan... :((


baba ketika nak check in

sekarang baba berada di London.Pukul 12 waktu Malaysia baba akan naik flight ke Bahamas. Semoga baba akan selamat sampai di sana. AMIN ...

Tuesday 20 March 2012

Tips Pakaian Muslimah

Assalamualaikum :)

Lama sungguh eiya menyepikan diri di sini. Tapi sekarang nie eiya bukan nak cerita nape eiya menyepikan diri,eiya nak share sedikit tips tentang pakaian Muslimah. InsyaAllah dapat membantu semua :)

Manis raut wajah setiap insan yang lengkap menutupi auratnya :)
gambar di atas : sitcom annisa' ke udara setiap Ahad jam 8.30 malam di TV AlHijrah

  • Tidak memakai pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.
  • Tidak terlalu nipis sehingga menampakkan warna kulit ataupun bentuk badan.
  • Tidak memakai pakaian yang menyerupai lelaki. Boleh memakai seluar jean yang dipadankan dengan kemeja ataupun blaus yang labuh yang bertepatan dengan syariat.
  • Melabuhkan tudung hingga ke paras dada supaya bahagian berkenaan tidak menjadi perhatian.
  • Menutup aurat sepenuhnya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Segala apa yang eiya sharekan nie,bukan bererti eiya nak tunjuk yang eiya bagus atau baik sangat cuma eiya nak berkongsi benda yang elok untuk semua. Eiya pun bukan 100% baik tapi sekurang2nya dengan cara seperti ini eiya dapat juga membantu diri eiya untuk mengingati etika sebenar dalam berpakaian menurut Islam. Mudah2an semuanya akan diberkati.InsyaAllah.Amin :)


Friday 2 March 2012

Pemenang Contest Ungkapan Romantis

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)


berakhir sudah contest ungkapan romantis anjuran eiya n syira. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali. Thanks a lot pada sesiapa yang sudi sesangat join contest eiya haritu.. Love u all ^^

Sekarang tibe masa untuk mengumumkan Pemenang Contest Ungkapan Romantis *neves nie..hehe

Tempat pertama (necklace,earing dan dark brown wallet)

sangat menyentuh hatisetiap ungkapan dia yang dia titipkan untuk suami dia. Sampai cik2 penganjur nie rasa nak bahagia seperti beliau. :)

Tempat kedua (necklace dan brown wallet)
 

ayat2 dia buatkan rasa cik2 penganjur sangat rindu keluarga kami. :)

Tempat ketiga (necklace dan green wallet)

Ayat2 dia sangat sweet. Tuan dia pun sweet gak. Beruntung siapa yang dapat dia :)

Selesai dah segala neves eiya ..hehe. tahniah..tahniah pada sesiapa yang dah menang tu. Bagi sesiapa yang belum ada rezeki tu, jangan bersedih. Sekurang2nya bile join contest macam ni, dapat juga kite luahkan apa yang kite inginkan daripada pasangan kite. Bagi yang untuk ibu dan ayah tu, sekurang2nya dapat luahkan apa yang selama nie tersimpan di dalam hati sebab bukan mudah kite luahkan perasaan sebenar kite dengan kata2 kan ...hehe. Untuk yang future husband, insyaAllah kamu semua akan dapat future husband yang seperti kamu inginkan .. dan tak ketinggalan juga untuk yang bff tu, mudah2an perhubungan bff kamu akan kekal..Amin.

InsyaAllah next time kalau kami anjurkan contest @ GA,sudi2la join ye..hehe :) Thanks a lot ^^co

p/s : untuk pemenang,sila emailkan nama penuh,alamat dah no telefon ke email ni yasirahyahya@gmail.com 

 

Wednesday 29 February 2012

Contest Ungkapan Romantis by Syira & Eiya

Assalamualaikum :)
First time nak anjurkan contest nie. Contest nie anjuran Eiya dan Syira. Hope dapat sambutan. Jom tengok syarat2 dan hadiah untuk contest nie.








SYARAT-SYARAT:

1) WAJIB follow syira & eiya

2) buat entry bertajuk "Contest Ungkapan Romantis by Syira & Eiya"

  • copy dan paste kan banner yg cute ni dan link kan ke entri ini
  • cipta ungkapan anda inginkan dr orang tersayang
  • letaklah picture yg berkaitan
  • lagu yang anda ingin tuju kepada beliau

3) WAJIB post kan link entry anda ke ruangan comment syira & eiya (utk mengelak dari berat sebelah masa pengadilan dibuat..hihi)

4) tarikh : 17-29 FEB 2012


Senangkan :)

Jom tengok hadiah yang menanti untuk pemenang di sini

Dah tengok?Cantik?hehe. Jadi jangan lepaskan peluang.Mungkin korang akan jadi salah seorang pemenangnya :) Goodluck semua


Contest Telah Tamat :)

Pendek Je Entri nie

Assalamualaikum :)

First sekali eiya nak ucapkan terima kasih sesangat untuk sesiapa yang sudah dan sudi join yang eiya dan syira anjurkan. Nie first time kami anjurkan contest. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Bagi sesiapa yang belum join dan masih sudi nak join,silakan la. Masih sempat lagi. Contest akan tamat jam 11.59 pm malam nie :)

Link untuk contest : tekan sini
Link untuk hadiah : tekan sini
Link untuk senarai nama peserta : tekan sini

Menarik kan hadiah yang disediakan. Jadi jom la pakat ramai2 untuk join contest nie..hehe :)
Eiya dah updatekan semua nama peserta yang join contest nie. Bagi sesiapa yang tak da link dekat senarai nama peserta, beritahu cepat2 ye. Takut terlepas pandang :)

Ape2 pun terima kasih lagi sekali eiya ucapkan untuk sesiapa yang sudi join contest nie.. Goodluck semua :)

Sunday 26 February 2012

T-Shirt RunningMan

Assalamualaikum :)


Siapa antara pembaca post nie peminat RunningMan? Pasti ramaikan..eiya salah seorang daripada nya..hehe.Eiya nak promote t-shirt RunningMan..hehe. Sekarang nie tengah hot order baju RunningMan dekat salah satu group di facebook :) Berlumba2 orang order baju nie...sampai tak cukup kaki dan tangan admin group tu nak mengupdate *memandai je eiya nie..haha


nie design baju tu.cantik and smart baju nie :) 

Murah je harga baju tu.. Untuk long sleeve rm26 and short sleeve rm23.. Cepat2 order sebab due date untuk order dan bayar 4 Mac 2012.

Klik dekat Malaysia RM Fans untuk tahu maklumat lanjut :) Jangan lepaskan peluang kalau anda seorang peminat RunningMan..hehe

Blue

Assalamualaikum :)

cantik juga rose berwarna biru :)

*gambar di atas tiada kaitan dengan cerita di bawah :p

Siapa sini peminat Bigbang?Especially TOP....ramai kan minat dia sebab dia very the TOP :) Eiya minat Daesung je sebab suka tengok dia dalam Family Outing sangat kiut..hehe.

Dah tengok style baru diaorang untuk album ke5 nie? Style diaorang memang smart and sangat2 cool.

 
 cool kan..daebak :)

lagu baru mereka pun best.. First time oooo layan lagu kumpulan diaorang nie. Memang terus tangkap leleh..haha.*sengal memalam


bestkan..layan jap ^^ *mula dah nak syok sendiri..haha

K la..time to sleep sekarang nie..next time Eiya sambung pot pet pot pet benda mengarut kat sini lagi ye..Thanks sudi baca :)

Jangan lupa join contest eiya dan syira anjurkan..Tinggal beberapa hari je lagi .. Nak ke entri contest sila ke sini ye :) Hadiah menarik menanti pemenang ..hehe

Gambar Bigbang  cr to BIGBANG

p/s: Tak sabar nak tengok RunningMan ep 85 (rasanya la). Ada Bigbang :) 

Selamat malam semua.